Kehidupan di bumi bermula pada berjuta juta tahun dahulu. Kehidupan dikatakan bermula di laut dimana keadaan di Bumi tepat untuk bermulanya kehidupan dan kebanyakkan makhluk primitif yang bermula kehidupan dahulu berevolusi sehingga ke hari ini. Kehidupan manusia di bumi datang pada lebih kemudian. Menurut Al Quran, penciptaan manusia berbeza dengan penciptaan haiwan. Menurut Al Quran, manusia pertama iaitu, Nabi Adam s.a.w dicipta daripada bahan bumi.
Pada zaman sekarang kita tahu bahawa dalam badan manusia terdapat juga bahan yang terdapat di bumi melalui kajian sains. Walaubagaimanapun tidak semua bahan di bumi terdapat di dalam manusia, sesetengah bahan ialah toxic dan tidak patut terdapat dalam badan manusia.
Dalam tubuh manusia terdapat karbon, hidrogen, nitrogen, oksigen dan fosforus dan juga elemen yang penting untuk tumbesaran hidup.
Surah Al Mu'minun: 23, 12-14
Rujukan:
The Earth Story oleh Shamsuddin Jusop