Wednesday, 2 March 2016

Alam Semesta Diperbuat Daripada Asap

Stephen Hawking dan beberapa saintis dalam lapangan fizik teori berpendapat bahawa alam semesta lahir pada peristiwa Big Bang. Big Bang ialah peristiwa dimana ada satu titik tenaga yang meletus dan tenaga ini merebak dan berkembang sehingga ke hari ini. Tenaga ini lah yang menjadi isi - isi seperti hydrogen dan helium yang penting untuk melahirkan bintang bintang dan planet.

Telah dijelaskan dalam Al Quran bahawa bahan yang membuat bumi ialah suatu pada masa dahulu adalah hanya asap.

Dalam ayat Fussilat: ayat 11

yang bermaksud;

"Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: "Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa". Keduanya menjawab: "Kami datang dengan suka hati"




Rujukan: 
The Earth Story oleh Shamsuddin Jusop


Bumi Sebagai Hamparan Dan Gunung-Ganang Sebagai Pasak Bumi

 Allah SWT berfirman;

“Bukankah telah Kami jadikan bumi sebagai hamparan. Dan Kami jadikan gunung-gunung sebagai pasak?”
                                                                                                                        Surah al Naba’ 78:6-7

Mengapa gunung diistilahkan sebagai pasak? Menurut Prof Press, sebenarnya, kerak bumi mengapung di atas cairan. Lapisan terluar bumi membentang 5 km dari permukaan. Kedalaman lapisan gunung menghujam sejauh yang 35 km. Dengan demikian, pegunungan adalah semacam pasak yang didorong ke dalam bumi.
Proffesor Press menjelaskan bahawa gunung-ganang berfungsi sebagai pasak untuk menstabilkan kerak bumi.
Perkara ini juga diungkapkan oleh Profesor Siaveda, seorang ahli geologi dari Jepun. Menurut beliau, ketika lempengan bumi saling bertumbukkan, maka lempengan yang lebih kuat menyelip di bawah lempengan yang satunya. Sementara yang di atas melipat dan membentuk dataran tinggi dan gunung. Inilah yang mengikat kuat di dasar permukaan bumi.beliau juga telah mengkaji kedudukan pembentukan gunung-ganang sama ada di darat dan juga di lautan ialah adanya akar yang memanjang ke dalam bumi.




RUJUKAN:
tajuk buku: menyingkap keajaiban Al-Quran mengikut kajian Sains
susunan:Abu Ar Razi Al-Ahmadi

Minuman Yang Memabukkan

Firman Allah SWT;

۞ يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا ۗ وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنْفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ


Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan". Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir,                        
                                                                                                                      Surah Al Baqarah : 219

Allah SWT telah menerangkan kepada hambaNya agar menjauhi arak dan minuman yang memabukkan kerana ia adalah sesuatu yang keji serta dari amalan syaitan.Arak merupakan sesuatu yang kotor dan tidak sesuai dikaitkan dengan benda-benda yang baik lagi halal. Sesuatu yang buruk lagi keji adalah amalan dan pekerjaan syaitan. Perkara ini dapat dibuktikan di dalam Al-Quran.Syaitan telah menggunakan arak serta minuman yang memabukkan untuk merosakkan manusia dan menimbulkan permusuhan.




RUJUKAN:
tajuk buku: Menyingkap keajaiban Al-Quran mengikut kajian Sains
penerbit:Abu Ar Razi Al- Ahmadi